Archive for the ‘News’ Category

PP - This band brought on their big guns

This band brought on their big guns

By Charlene Joseph on 05 Jul 2010 at 1:09pm

The Celebrities Club at Solaris Mont Kiara has showcased a new addition to the Celebrities Hall of Fame: the band is called Projek Pistol. It comprises four young Malaysians who have dubbed themselves the First Malaysian Supergroup. Since their first album launch Stereo Andromeda last year in May, The Celebrities Club showcase was their first performance here.

Projek Pistol members are Edrie Hashim (Guitar), Pa’e (Drums), Boy (Vocalist) and Zham (Bassist). One would consider their genre of music to be Modern Rock, arranged to somewhat soothe, with flavours of the rock music of the 80s and the 90s.

Stereo Andromeda was produced by Edrie Hashim and is on sale (since May 17 this year) . The showcase that was held at The Celebrities Club was a show of appreciation from the band to their fans, close friends and media who have all been supporting them throughout their career.

More particularly, this showcase was targeted mainly towards their female friends as they had arranged that no entrance fees be charged for ladies. The boys even dedicated one of their songs , entitled Wanita Seluruh Dunia to women that evening. Male guests paid RM35 at the door but this payment entitled them to Projek Pistols’ album for free.

The band flawlessly performed some of their songs including Kalimah, Turun Dari Langit, Hingga Hujung Nyawa, Animositi, Lihatku Pelangi, Syurga, Wanita Seluruh Dunia, and their covers of Vertigo, Hold Me Thrill Me Kiss Me (By U2) and two more cover songs — Billie Jean by 6/8 and Are You Gonna Go My Way by Lenny Kravitz.

SIDANG MEDIA PELANCARAN ALBUM PROJEK PISTOL

Album PROJEK PISTOL

Pelancaran Album Projek Pistol dan Majlis Perasmian Perjanjian Kerjasama di antara Friendly Rabbit Media (FRM) dan Neo Gendang Records, yang akan dirasmikan oleh pengurusi FRM iaitu Dato’ Pahamin A. Rajab.

Projek Pistol yang bakal menggegarkan Industri Muzik Tanahair!!!!

Tarikh  :  26 MEI 2010 (RABU)

Masa    :  3.00 Petang

Tempat :  Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

VOICEMAIL TONE Neo Gendang

Edrie Hashim

Edrie Hashim

Kepada peminat semua, sila dapatkan voicemail daripada artis-artis Neo Gendang kesayangan anda. Sila muat turun kod berikut :

Untuk pengguna Maxis, sila layari laman web Celebrity voicemailtone https://celebrity-voicemail.maxis.com.my/. Bagi penguna Celcom pula,  untuk membeli greeting dari Neo Gendang boleh menggunakan cara . Taip vmt (xxx) send 22211:-

vmt NEO1 (rock sibuk 2 - edrie hashim)

vmt NEO2 (rock sibuk 2 – edrie hashim).

vmt NEO3 (tgh dalam bank – Cili).

vmt NEO4 (tgh jamming – Cili).

vmt NEO5 (sibuk praktis – Cili).

vmt NEO6 (layan rock n roll – Cili).

vmt NEO7 (tinggalkan pesanan – Cili).

vmt NEO8 (xboleh jawab – Cili).

 

Band Projek Pistol di Selamat Pagi Malaysia (SPM)

Saksikan interview dan persembahan akustik band Projek Pistol secara langsung

di Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 16 Mei 2010 (Ahad) jam 8.30pg di TV1

Band CILI di Selamat Pagi Malaysia (SPM)

Saksikan interview secara langsung band CILI dalam Selamat Pagi Malaysia

9 Mei 2010 (Ahad) Jam 8.30pg di TV1

Best Promotion

Beli T-shirt Projek Pistol dengan harga RM20 dan percuma 1 kaset CILI…!!! Dapatkan segera selagi stok masih ada!!!!!!

Projek Pistol, bukan rock kapak



“GRUP jahat!”, itu luah Edrie Hashim memberi gambaran terhadap Projek Pistol, sebuah band bukan projek khas malah juga bersenjatakan pistol. Peluru mereka untuk pistol istimewa ini berupa lagu-lagu menggelodak jiwa yang mahukan kepuasan genre rock kembali.

Grup berpaksi empat anggota itu diwujudkan lima tahun yang lalu. Bertukar ganti ahli kumpulan menjadi rencah biasa dalam mendapatkan momentum dan komitmen yang jitu. Maka untuk nama-nama yang hakiki kini, Edrie selaku gitaris utama berkolaborasi bersama Boy sang vokalis dan Zham (bass) serta Paé (dram) untuk meralisasikan Projek Pistol bagi menghadap dunia luar dengan persembahan irama dan melodi unik mereka.

“Stigma khalayak apabila kami sebut nama grup ini, mereka bayangkan rock kapak. Kami kurang gemar mencerna perkataan tersebut. Apa yang boleh mereka bayangkan, kami adalah grup yang mengetengahkan muzik pop rock moden. Seperti yang saya katakan pada awalnya, grup ‘jahat’,”jelas Edrie dengan tawa yang berderai.

Bikin ikut rentak Boy

Bermula dengan beberapa nama-nama besar dalam industri untuk mengisi posisi vokalis, Boy akhirnya bertemu jodoh dengan grup ini. Jejaka kacak yang baru berusia 27 tahun itu pada awalnya dilihat mentah namun mentelaah kembali portfolio kembara dalam dunia seni maka bahagian depan ternyata menjadi titik paling sesuai untuknya .



Boy atau Abdullah Omar pernah mengisi ruang dan peluang sebagai vokalis kumpulan Big Band dan Shockwave. Dia sudah bergelumang siang dan malam dengan suasana kelab malam. Dia sudah ditelek dan dibelek oleh Edrie sejak sekian lama.

Pesona yang dibawa selari dengan wajah yang mampu menggegar hati si Hawa membuatkan pemilihan pucuk muda ini tidak dapat dipertikaikan. Cara Boy duduk dan berbicara tatkala ditemuramah sudah menunjukkan titik penemu jawapan kenapa lelaki itu dapat menepis nama-nama lain untuk berada sebagai muka depan grup itu.

“Pertembungan idea dan minat antara Boy yang muda dan kami (ahli lain) yang sudah lama dalam industri muzik membuahkan sesuatu yang menarik. Malah saya yakin dia mempunyai tarikan yang kuat di atas pentas.

“Malah idea segar yang disuntik dalam pembuatan lirik grup ini merupakan sesuatu yang sangat menarik. Dia ada cara yang tersendiri dalam menghurai tutur kata yang dicantum menjadi lirik. Lebih tersurat namun ada makna-makna tersembunyi,” puji Edrie buat Boy yang dilihat sebagai salah satu kekuatan Projek Pistol. Jujurnya, itu adalah antara sebab mengapa Projek Pistol diangkat menjadi penyeri muka depan Sensasi Bintang. Kekuatan mereka memberi pujian dan menimbang rasa antara satu sama lain.

Boy senyum. Sambil memperbetulkan posisi duduknya dengan cara yang lebih meyakinkan, dia cuba menyalurkan aura yang disebut-sebut meluap-luap dalam dirinya. Lantas dia memberi komentar, penyambung keyakinan Edrie terhadap portfolio dirinya.

“Saya gembira malah rasa satu perhubungan yang kuat dalam grup ini. Semuanya bergabung dan mengalir dalam ikatan kimia yang kuat,” ujarnya yang menjadi tonggak nilai artistik grup Projek Pistol. Zam hanya mengangguk dari jauh. Diamnya menunjukkan rasa setuju. Pa’e pula berada jauh daripada kumpulan itu buat seketika untuk melunaskan kerjaya sebagai pengebuk dram sambilan.

Muara, sungai muzik Edrie

PROJEK Pistol mempertaruhkan Animosity sebagai halwa telinga pertama mereka buat umum.



Menyebut Edrie Hashim, pantas terbayang perkara major tentang dirinya adalah pembawakan imej rock dan rambutnya yang mengurai. Imej yang membiaskan genre tersebut kuat dalam dirinya. Dia berdiri sebagai pemuzik sudah sekian lama. Itu muara kerjayanya lalu disalurkan kepada sungai-sungai kecil yang masih berairkan muzik rock.

Edrie tidak pernah tampil khas sebagai anak band. Dia adalah penerbit, pembikin lagu dan lirik. Dia juga pemuzik undangan serta pengarah muzik. Hal itu membuahkan kekeliruan sesetengah khalayak yang sentiasa merasakan Edrie punya sebuah grup sejak awal kemunculannya.

Lalu dengan terhasil Projek Pistol segala ragu dan tanda tanya itu terjawab spontan. Edrie Hashim kini adalah pemuzik tetap merangkap posisi gitaris utama untuk grup debutnya. Projek Pistol ibarat sungai besar yang terbentuk daripada muara niatnya selaku pemuzik.

Edrie ketawa mendengarkan senario itu. Senyum puasnya sudah menunjukkan Projek Pistol adalah tumpuan utamanya kini dan dia puas hati dengan perjalanan grup yang kalau diimbas, boleh digelar super grup. Mereka masih junior dalam hayat kemunculan tetapi matang dalam perkiraan pengetahuan dan pengalaman.

“Kami buat muzik yang kami suka dan kami mahu anda dengar. Itu konsep yang kami berikan. Dengan itu, lagu Animosity menjadi pilihan pertama sebagai single. Ia merupakan lagu yang menceritakan rasa tidak puas hati dan tegang,”ujar Edrie membayangkan salah sebuah lagu daripada album edaran Life Records tersebut.

Tidak membiarkan hanya pengasas grup melantunkan falsafah muzik mereka, selaku sang vokalis, Boy juga ada pendirian.

“Kami buat muzik yang kami gemar. Kami bukan buat muzik hasil daripada kutipan suara orang ramai atau memasukkan apa yang mereka mahu dengar. Apabila sudah siap, harapan kami, kalau tidak semua, akan ada khalayak yang suka dan boleh terima muzik yang kami persembahkan,” kata Boy.



Antara vokalis dan gitaris utama Projek Pistol, Boy dan Edry miliki kecenderungan berbeza. Dalam soal lirik misalnya, Edry seorang yang puitis. Liriknya berbunyi besar dan ada bahasa tinggi yang memerlukan kamus untuk memahami maknanya. Boy sebaliknya berbeza. Turut menyumbang lirik lagu berjudul Animosity dalam album sulung Projek Pistol, lirik air tangan Boy lebih ringkas dan jelas maksud yang mahu disampaikan.

“Itu antara daya penarik Boy. Saya sedikit cerewet dengan liri-lirik tulisan orang lain tetapi saya boleh masuk dengan idea daripada Boy,” akui Edry.

Album Projek Pistol akan dilancarkan menjelang 18 April nanti, bakal mengembalikan gelombang kuat terhadap dunia rock. Imej dan muzik yang dibawakan menjanjikan sesuatu bagi mewarnai dunia seni tanah air yang semakin kurang kumpulan rock sebegini.

Kelak, album debut itu juga sebuah manifestasi terhadap impian dan minat mereka, malah sebuah petunjuk rasa cinta Projek Pistol terhadap khalayak.

Seperti simboliknya Projek Pistol itu, hasrat mereka, peluru-peluru emas yang bakal ditaburkan kelak bakal tepat mengena sasaran. Jika emas yang ditaburkan, pasti habuannya lebih bernilai daripada emas yang diperjudikan.

‘Konsert Radio Rosak’ Tidak Batal Tapi Ditunda - Edrie Hashim

KOMPOSER lagu terkenal, Edrie Hashim bukan sengaja mendiamkan diri atau mengelak daripada berbicara tentang Konsert Radio Rosak yang diusahakannya.

Sebaliknya, penangguhan konsert itu membuatkan Edrie serba salah untuk menguarkan-uarkan status terkini konsert yang mencungkil kumpulan indie amatur itu.

Peluang bertemu dengan komposer lagu Iris (nyanyian Awie) baru-baru ini memberi peluang kepada mStar Online mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada empunya badan.

Menurut Edrie, konsert tahun ini tidak dibatalkan, sebaliknya ia terpaksa ditunda disebabkan oleh beberapa faktor. Konsert untuk edisi kedua ini bukan lagi dianjurkan dalam skala kecil seperti tahun lalu.

Lebih menarik, untuk tahun ini, Konsert Radio Rosak bakal dianjurkan dalam skala yang lebih besar dan mendapat kerjasama daripada sebuah badan berkanun, yang enggan dinamakan oleh Edrie.

“Saya bukan melarikan diri atau cuba untuk mengelak daripada menjawab tentang perkembangan terbaru Konsert Radio Rosak.

“Desas-desus mula timbul di luar sana yang mengatakan konsert ini batal dan sebagainya. Sebenarnya konsert itu tetap akan berlangsung seperti yang dirancang cuma ditangguhkan sahaja.

“Ia ditunda ke satu tarikh baru yang belum dapat ditetapkan lagi. Perkara ini berlaku kerana konsert untuk tahun ini bakal mendapat kerjasama daripada sebuah badan kerajaan.

“Apabila sudah melibatkan badan ini, pelbagai proses perlu kami lalui sebelum keputusan mengenai tarikh konsert itu diputuskan,” katanya.

Edrie turut diminta mengulas mengenai penglibatan badan itu dalam konsert yang bakal menampilkan 12 kumpulan pemuzik ini.

Katanya selaku penganjur, pihaknya telah ditawarkan oleh badan untuk menaja Konsert Radio Rosak tahun ini kerana mempunyai objektif yang sama.

Tambah Edrie, badan itu berminat dengan penganjuran konsert seumpama itu memandangkan ia satu aktiviti hiburan yang bersesuaian untuk golongan muda.

Konsert Radio Rosak bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia muzik, malah ia adalah platform yang baik untuk menarik lebih ramai golongan anak muda dalam aktiviti hiburan yang bermanfaat.

“Mereka berminat dengan konsert ini kerana konsert sebegini adalah platform terbaik untuk memancing anak muda untuk terlibat dalam program belia yang sihat dan bermanfaat seperti ini.

“Apa yang pasti, skala konsert tahun ini akan menjadi lebih besar dan meriah daripada penganjuran sebelumnya.

“Insya’Allah kami juga akan sediakan pelbagai gerai bagi memeriahkan acara ini. Matlamat kami adalah untuk jadikan Konsert Radio Rosak seperti sebuah karnival seperti Karnival Jom Heboh.

“Setakat ini, saya menjangkakan konsert tahun ini akan berlangsung sekitar Mac atau April ini, tapi kami belum dapat maklumkan tarikh sebenar, buat masa ini.

“Saya pasti akan buat sidang media tidak lama lagi untuk umumkan tarikh baru Konsert Radio Rosak.

“Pada saya, biarpun lambat sedikit dan terpaksa tunggu lebih lama, tidak mengapalah. Asalkan berbaloi di kemudian hari.

“Apa yang penting, kita ingin konsert ini terus berlanjutan untuk jangka masa panjang,” ujar Edrie dengan penuh keyakinan.

PENGUMUMAN: KONSERT RADIO ROSAK DITUNDA LAGI!!!

PENGUMUMAN: PIHAK PENAJA MEMINTA TARIKH KONSERT RADIO ROSAK (yang dijadualkan 6hb MAC) DITANGGUHKAN SEKALI LAGI SEHINGGA TARIKH YANG DITETAPKAN…. SATU KENYATAAN AKHBAR AKAN DIKELUARKAN TIDAK LAMA LAGI.

PIHAK NEO WORLDWIDE ENTERTAINMENT MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PEMINAT DAN TENAGA KERJA YANG TERLIBAT.

PROJEK PISTOL melalui transformasi

Supergroup PROJEK PISTOL membuka tirai 2010 dengan satu perubahan besar di dalam barisan pemuzik handalan mereka. Tempat penyanyi utama (Moq) dan pemain Dram (Lola) kini telah diisi oleh penyanyi berkaliber BOY CLIFFORD (Big Band & Crush) dan pemain dram ternama NASFA PAE (Mpire & XPDC). Menurut Edrie peubahan itu terpaksa dilakukan untuk masa depan PP. “Lola & Moq kini sibuk dengan persembahan di kelab-kelab malam dan agak sukar bagi mereka memberi komitment yang kuat untuk PP”. Edrie juga meyakinkan bahawa tempat kedua dua pemuzik itu kini diisi oleh dua lagi pemuzik yang hebat dan berkualiti tinggi yang mampu membawa PP terbang lebih jauh. “Saya amat gembira dengan line-up baru ini. Kita telah pun mengadakan beberapa persembahan diserata tanahair. Saya tidak sabar untuk peminat-peminat muzik melihat sendiri kehebatan line-up baru ini. Nasfa Pae merupakan seorang pemain dram antara yang terbaik di Malaysia”. Manakala Boy, menurut Edrie “Anda harus lihat sendiri kehebatan Boy! Karisma dan kehebatan beliau akan menggegar Malaysia”.

Album sulung PROJEK PISTOL “Stereo Andromeda” akan menemui peminat tidak lama lagi. Album berkonsepkan Modern Rock ini akan dikeluarkan pada Bulan March.

Join PROJEK PISTOL facebook fanpage