September 22nd, 2008
Projek Pistol berkurung dalam Studio sepanjang Ramadan.
Projek Pistol memenuhi masa masa terluang mereka sepanjang Ramadan ini dengan berkurung di dalam studio. Sessi latihan yang berlangsung di Sutra Studio ini merupakan proses membuat susunan muzik untuk lagu lagu terbaru mereka kelak. Setakat ini 2 buah lagu singles iaitu “Turun Dari Langit” dan “Hingga Hujung Nyawa” bakal menemui para peminat muzik tempatan tidak lama lagi. Moq, Lola, Zam dan Edrie telah memberi sepenuh fokus dan komitment terhadap sessi latihan tersebut. Sessi yang bermula dari jam 3 petang itu berlarutan hingga ke 12 tengah malam membuktikan kesungguh mereka untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Album Projek Pistol di jangka akan berada di pasaran hujung tahun ini. (Untuk gambar gambar sessi latihan terkini, klik sini).






harap2 band ni berjuang sampai ada nama kukuh cam search, wings ataupun nama-nama baru skarang cam spider ngn exist… gandingan edrie ngn lola dah cukup menggegarkan… harap jugak kemunculan band ni menggegarkan arena muzik tanahair…