December 3rd, 2009
KONSERT RADIO ROSAK GRAND FINALE 2009 DITUNDA!!!!
Konsert Radio Rosak ditunda 6 Mac
PETALING JAYA: Konsert Radio Rosak anjuran Neo Worlwide Entertainment Hashim yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negara, malam esok ditunda kepada 6 Mac depan.
Konsert yang membariskan penyanyi berkumpulan popular dan indie tanah air seperti Search , Wings, FTG, Estranged, Radhi (OAG), Projek Pistol, Cili, Deja Voodoo Spells, Stereo Sakit dan Zip Ziller.
Pengarah Neo Worldwide, Edrie Hashim berkata, keputusan untuk menunda konsert berkenaan dibuat kelmarin setelah berbincang dengan pihak penaja serta mengambil kira beberapa faktor lain.
“Kami menghadapi beberapa persaingan dengan konsert lain yang turut diadakan pada bulan yang sama. Pada mulanya kami tidak mahu beralah kerana yakin konsert ini masih mampu diteruskan.
Kami cuba juga untuk bertahan tetapi apabila tarikh konsert semakin dekat, kami akur bahawa kami perlu tarik diri.
“Kami rasa lebih baik memberi peluang kepada pihak yang turut mengadakan konsert pada hari sama. Dengan pertukaran tarikh ini sekurang-kurangnya kami dapat fokus kepada promosi untuk konsert yang akan datang.
“Sebagai penganjur tentulah saya kecewa kerana ini projek pertama saya dan tiada sesiapa yang mahu ia gagal, apatah lagi pengumuman konsert ini sudah dibuat sejak April lalu. Namun saya terpaksa akur dengan apa yang berlaku,” katanya.
Kata Edrie, mereka yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan konsert esok boleh menyimpannya untuk digunakan pada 6 Mac depan.
Bagaimanapun, jika ada yang mahu wang mereka dikembalikan, syarikatnya terpaksa akur dan akan cuba memenuhi kehendak mereka yang sudah membeli tiket.
Konsert Radio Rosak yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung Gaza. Konsert pertamanya berlangsung pada 25 April lalu di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, diikuti Pasir Gudang pada 27 Jun dan Melaka pada 3 Oktober.




cmner nak booking tiket??
tiket boleh didapati di stadium negara pada hari persembahan …first come first served
Apasal boleh serentak ngan event rock the world 09 neh ! Aduih… Pecah crowd..
2 la psl..
leh clash plk ngan rock da world…
adoiyai!!!!!
alamak….. di tunda pulak.. x pe konsert yg baru gua mesti pegi..