PROJEK PISTOL kasi pecah Kota Kinabalu

Projek Pistol telah terbang ke Kota Kinabalu pada 28 Dec 2009 untuk menjayakan acara Coundown tahun baru STOMPIN’ SABAH. Acara yang julung julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang hangat dari peminat KK. Projek Pistol yang diwakili oleh Boy, Zham, Edrie, Pae dan pemain kibod jemputan Roza memulakan persembahan tepat 9:30 malam dengan membawa lagu lagu hebat seperti Give It Away, Come Out N Play, Vertigo dan banyak lagi sesuai dengan tema STOMPIN’ SABAH. Selain dari itu turut dipersembahkan “Drum Battle” dari pemain dram PP, Pae bersama dengan pemain dram jemputan iaitu pemain dram terkemuka Yuri, sebelum menutup tirai persembahan malam itu dengan lagu popular Lenny Kravitz “Are You Gonna Go My Way”.

Projek Pistol mengucapkan jutaan terima kasih di atas sambutan dan layanan mesra peminat peminat di Kota Kinabalu. KK rocks!!!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.