February 1st, 2010
PROJEK PISTOL melalui transformasi
Supergroup PROJEK PISTOL membuka tirai 2010 dengan satu perubahan besar di dalam barisan pemuzik handalan mereka. Tempat penyanyi utama (Moq) dan pemain Dram (Lola) kini telah diisi oleh penyanyi berkaliber BOY CLIFFORD (Big Band & Crush) dan pemain dram ternama NASFA PAE (Mpire & XPDC). Menurut Edrie peubahan itu terpaksa dilakukan untuk masa depan PP. “Lola & Moq kini sibuk dengan persembahan di kelab-kelab malam dan agak sukar bagi mereka memberi komitment yang kuat untuk PP”. Edrie juga meyakinkan bahawa tempat kedua dua pemuzik itu kini diisi oleh dua lagi pemuzik yang hebat dan berkualiti tinggi yang mampu membawa PP terbang lebih jauh. “Saya amat gembira dengan line-up baru ini. Kita telah pun mengadakan beberapa persembahan diserata tanahair. Saya tidak sabar untuk peminat-peminat muzik melihat sendiri kehebatan line-up baru ini. Nasfa Pae merupakan seorang pemain dram antara yang terbaik di Malaysia”. Manakala Boy, menurut Edrie “Anda harus lihat sendiri kehebatan Boy! Karisma dan kehebatan beliau akan menggegar Malaysia”.
Album sulung PROJEK PISTOL “Stereo Andromeda” akan menemui peminat tidak lama lagi. Album berkonsepkan Modern Rock ini akan dikeluarkan pada Bulan March.





