Edrie Hashim

Biography

Dia bukan gitaris untuk mana-mana band popular di Malaysia tetapi popularitinya sebaris dengan selebriti tanahair.

10 tahun dahulu mungkin tiada siapa mengenali Edrie Hashim seperti sekarang walaupun Edrie telah mengangkat nama Candy menerusi sentuhan lagu ‘Akan Ku Tunggu’. Selepas 10 tahun, siapa sangka Edrie sudah mampu mengambil alih tugas sifu M.Nasir untuk menerbitkan album Search berjudul ‘Gothik Malam Edan’.

Sebaik menerbitkan album Candy, bakat Edrie mula dipandang oleh beberapa syarikat rakaman selepas itu. Amy Search adalah antara mereka yang berjaya menghidu bakat yang ada pada anak muda ini. Menerusi album ’Aku’, Amy telah menggunakan sepenuhnya khidmat Edrie untuk menerbitkan album solo ketiganya. Malah album solo seterusnya seperti IKON di mana ’Suralaya Dalam D’ Major’ juga diterbitkan olehnya.

Bukan setakat itu Amy juga telah meminta Edrie mengiringinya sepanjang ’road tour show’ di seluruh negara bergandingan bersama Hillary. Selepas Amy menggunakan khidmat beliau, Awie, Hattan, Ella, Misha Omar, Deja Moss, Siti Sarah dan ramai lagi turut menggunakan Edrie samada untuk menyumbangkan karyanya atau sebagai pemuzik iringan. Edrie juga telah menerbitkan album solo Awie yang berjudul “SANTAI” dan lagu “Iris” dari album tersebut turut meletup di corong-corong radio negara.

Bakat luar biasanya juga telah mendapat perhatian ramai pihak apa dia telah ditawarkan sebagai pengarah muzik untuk Anugerah Media Hiburan 2005 (live NTV7), pengarah muzik Mentor dan Jom Heboh TV3.

Apapun selepas 10 tahun melibatkan diri secara serius dalam industri muzik tanahir, ramai yang tertanya-tanya bilakah Edrie akan muncul dengan albumnya sendiri? Jawapannya kini Edrie sedang dalam proses untuk melahirkan sebuah album projek khas bersama kumpulan yang ditubuhkan yang diberi nama Projek: Pistol.

-text oleh Norman (bekas editor Media Hiburan)

CINTA SI RAMA RAMA - Edrie Hashim featuring Hattan

Lagu & Liriks: Edrie Hashim (Neo Digital Sdn Bhd)



Gallery

   

Store
Edrie Hashim: Transfigurasi vol 1 Edrie Hashim: Transfigurasi vol 1

Title: Tranfigurasi V.1
Code: NG 00108-2
Artist: Edrie Hashim
Language: Malay
Date of Release: 27 Aug 2007

Recommended Retail Price : RM 25.90

Format of Release: Compact Disc

MYR25.90
Edrie Hashim T-Shirt (grey) Edrie Hashim T-Shirt (grey)
MYR30.00
Edrie Hashim T-Shirt (yellow) Edrie Hashim T-Shirt (yellow)
MYR30.00