Amy Search
Lagenda rock tanahair Amy Search tidak perlu diperkenalkan lagi mengenai dirinya. Penyanyi tersohor ini sudah membuktikan 25 tahun di dalam industri ini dia sudah boleh mendabik dada sebagai ikon rock di negara ini.
Amy Search juga adalah di antara barisan artis yang turut bersama Neo Gendang dan sekaligus membuktikan Neo Gendang bukan syarikat rakaman tempilan di dalam industri ini.
Selepas menggunakan khidmat Edrie untuk menerbitkan album ‘single’nya berjudul ‘Aku’ dan ‘Suatu Masa’ dan Suralaya Dalam D’ Major, terbaru Amy akan muncul dengan single terbarunya berjudul ‘Songo’.
Lagu Songo merupakan antara single terkuat Amy yang diambil daripada projek Gamelan Muzium Negeri Pahang. Suatu yang unik apabila seorang rockers menggabung gamelan di dalam susunan muziknya. Tentu akan sendiri akan terasa teruja untuk mendengar sendiri lagu ini.
Lagu hasil ciptaan Edrie Hashim dan lirik Ahmad Farid sememangnya dinanti-nantikan untuk diperdengarkan di corong-corong radio. Mengapa Songo? Adakah ia mengisahkan kehebatan sembilan wali yang dikenali wali songo tersebut. Jadi anda nantikan sahaja kemunculan single ini di pasaran.
-text oleh Norman (bekas editor Media Hiburan)
Suralaya Dalam D Major - Amy Search
Lagu : Edrie Hashim (Neo Digital Sdn Bhd)
Lirik : Loloq (Luncai Emas Sdn Bhd)
LARA TARI PENCINTA -SEARCH
Lagu & Liriks: Edrie Hashim (Neo Worldwide Entertainment)
e-mail: bookings@neogendang.com
| Amy : Ikon Artist: Amy (Search) | |
| Amy T-Shirt (Black) |


