Radio Rosak

Biography
RADIO ROSAK merupakan sebuah lagi visi baru Edrie Hashim dan Neo Gendang demi memperbaharui dan mengembangkan lagi definisi muzik rock tanahair.

Antara stail dan genre kontemporari yang bakal diterokai dan diperleluasakan di bawah payung RADIO ROSAK ini termasuklah rock progresif, indie alternatif, neo classic rock, jazz pop dan segalanya di ruang antara.

Ikon rock klasik seperti Search memang kekal di dalam minda ingatan masyarakat sebagai lagenda muzik keramat ini, namun biarlah dihembuskan nafas baru untuk seni rock berbahasa ibunda kita ini. Di atas dasar evolusi ini lah terletaknya jiwa pergerakan RADIO ROSAK.

Menampilkan kugiran-kugiran rock bebas seperti Zip Zieller, Auburn, Stereo Sakit, Cili, Joanna & Co. dan lain-lain, istilah RADIO ROSAK ini akan bermula dengan pelancaran album kompilasi “Radio Rosak: Permulaan Baru” tidak lama lagi.

Usah was-was, keluarga RADIO ROSAK akan menemui anda di mana sahaja anda berada tiba harinya kelak!


Media

Kontrak - Zip Zieller

Ruang Hati - Auburn

Contacts
e-mail: bookings@neogendang.com
Store
Coming Soon!