Neo Gendang
Neo Gendang merupakan sebuah syarikat rakaman yang telah beroperasi sejak tahun 2004. Diterajui oleh pemuzik/komposer/ penerbit yang berpengaruh dan prolifik di arena dunia muzik Malaysia iaitu Edrie Hashim. Neo Gendang telah menghasilkan beberapa album berkualiti dan mendapat perhatian industri muzik tempatan.
Bermula dengan artist pertama syarikat tersebut CILI yang terkenal dengan single “Kau Bernama Cinta”. Neo Gendang kemudiannya mengorak langkah membina empayar dengan menerbitkan album GOTHIK MALAM EDAN oleh kumpulan SEARCH. Album tersebut berjaya meraih Album Hard Rock Terbaik pada AIM14 dan seterusnya meletakkan nama Neo Gendang sebagai sebuah syarikat rakaman tempatan yang harus diberi perhatian.
Neo Gendang kini melebarkan empayar mereka dengan melancarkan laman web rasmi syarikat tersebut. Di laman web ini, pelbagai aktiviti aktiviti akan diadakan bagi menarik minat penggemar-pengemar muzik tempatan bagi memeriahkan lagi imej industri muzik. Segala informasi terkini disamping cenderahati disediakan bagi peminat dan penyokong Neo Gendang.
Neo Gendang akan terus melebarkan sayap mereka kearah memertabatkan industri muzik tempatan. Neo Gendang memerlukan sokongan anda. Hidup industri Muzik tempatan.



